Ita.... nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.
Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian. Dia
pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan
kerana diperbuat daripada marmar. Ita tidak puas hati. Dicubanya pula
pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana
kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini
pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya. Hari itu,
ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak
sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke
sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya
sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.
Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti.
Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru
setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar,
berbatik-batik.
Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "siapa punya kerja ni?"
Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis
tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan "tak tahu... !Saya tak tahu Tuan".
"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri pula.
Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan
ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru
kepada ibu dan ayahnya.
Dia berlari keluar dari bilik. Dengan
penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja
sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya,
terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak
mengerti apa-apa melaung kesakitan kesakitan.
Puas memukul
tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma
mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang
dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh
kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut .
Si bapa
cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri
anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.
Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat
menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.
Dilihatnya
tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis
teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil
itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula
terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.
Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan
anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.
Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita.
"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya . Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara
si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya
akan bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam...". Jawab Narti ringkas.
"Bagi minum panadol dulu" balas si ibu.
Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik
tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat
anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia
menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya
apabila tidak sihat.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu.
Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus
membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk
ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad
pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada
pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi gangren sudah
terlalu teruk.
"Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi
keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke
bawah" kata doktor.
Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena
halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik,
tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak.
Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar
menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik
pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis
kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya
berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke
wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka
semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah
bersuara dalam linangan air mata...
"Ayah.. ibu... Ita tak buat
lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang
ayah.. sayang ibu". Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal
menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." Katanya memandang
wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu
meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat
suasana itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat
apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main
macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!" Katanya sambil menangis
tersedu-sedan.
"Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu....?"
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah
dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat
menahannya
http://www.facebook.com/Arunthelau
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Jangan lupa berbagi ya sob